Tuesday 10 May 2011

SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UiTM PERLIS..

      SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ARAU, PERLIS (SRN UiTM Perlis) berjaya ditubuhkan pada 9 APRIL 2010. Penubuhan SRN UiTMPerlis diharapkan menjadi tonggak dalam menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dalam diri setiap individu. Selain itu, SRNUiTMPerlis juga berperanan dalam membentuk jatidiri dan kerjasama dalam kalangan mahasiswa serta dapat menjadi batu loncatan mekanisme kerajaan dalam menjadikan Sekretariat Rukun Negara sebagai medium utama pemangkin bangsa Malaysia melalui penghayatan dan pengamalan 5 Prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan WAWASAN NEGARA.


No comments:

Post a Comment