Sunday 9 December 2012

K.A.M.I

Assalamualaikum and Salam Satu Malaysia Readers :)

For your information, actually SRN telah diterajui oleh MT, Exco dan AJK baru. Probably some readers aware of this or may some of you not. Anyway we are the 3rd "generation" that hold SRN since Hadziq's and friends.

SRN dipimpin oleh Zulhilmi ( preferred call him Zul ) and assist by Nabila as Naib Presiden. SRN juga dibantu oleh Nawwal sebagai Setiausha Agong  and Nazira as Bendahari Kehormat. SRN  mempunyai 6 orang Majlis Tertinggi, 10 orang Exco dan 5 orang AJK .

Bagi readers yang berminat untuk menyertai AJK SRN, kami sangat mengalu-alukannya . Readers boleh daftar pada hari AGM which is probably will be held few days after Open Day k :)


Saturday 8 December 2012

Whaddup Readers !


Assalamualaikum and Salam Satu Malaysia readers :)

First of all , sorry sebab lama tak update . Dah berhabuk blog ni kan so for the mean time this blog gonna be going through some few changes k :)

Anyway I guess it's not to late to say Welcome to UiTM Perlis back ! New semester just begun since 3rd December and it's already a week here, so how you guys feel ? Homesick or excited entering new semester ? For the readers yang homesick tu , tolak tepi perasaan tu and just life your live here to the fullest. Mungkin Arau ni looks like nothing much here compared to your hometown such as "Kayell" but readers ada kawan-kawan and lecturers that will made your day. Tak kira la orang tu akan buat readers ketawa ke sedih ke tapi tu semua yang readers akan dapat sepanjang readers belajar kat Arau ni.

To be honest, dulu saya pun homesick melampau sampai rasa kenapalah dapat Arau ni, takde tempat lain ke ? Mesti ada readers yang fikir macam tu but after few semester here, maybe Arau ni a small town tapi saya dah jumpa perkara yang buat saya happy sepanjang disini. Bukan Shopping Mall or tempat makanan yang sedap or tempat lepak yang best tapi saya jumpa kawan yang boleh buat saya ketawa dan happy. So conclusion Arau ni not bad jugak. Nak kata kuno , mana ada la.. semua yang kita nak ada je just jumpa tak jumpa je.

By the way Open Day nak dekat dah kan, jangan lupa singgah booth SRN tau ! Bagi ahli lama macam biasa just daftar untuk kemaskini fail kami, bagi ahli baru yang berminat boleh sertai Persatuan kami. Jangan risau sangat nama Perstauan kami yang ada " Rukun Negara" kat belakang tu , kami tak la sepatriotik tu. Lol :D

Aktiviti-aktiviti pada Semester ini juga menanti readers so jangan lupa ikuti perkembangan SRN and readers boleh tahu maklumat terkini melalui FB or flyers di sepanjang kampus . and mungkin bagi pengguna Twitter , akaun SRN mungkin akan dibuat so boleh la readers follow untuk tau selanjutnya.

XOXO Have a nice day readers ! :D

Sunday 1 April 2012

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG SESI SEMESTER NOV2011-MARCH2012

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA
10 DISEMBER 2011 - A.G.M (ANNUAL GRAND MEETING)

Perjumpaan ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua mahasiswa UiTM Perlis untuk mengenali SRN dengan lebih dekat lagi. Menariknya pada malam tersebut, kami mengamanahkan ajk2 baru mengendalikan A.G.M ini...pada setiap semester, pertambahan ahli SRN semakin bertambah...TAHNIAH kepada semua MT dan AJK yang terlibat dalam menarik minat mahasiswa UiTM Perlis dalam mengikuti persatuan ini.

Sepanjang majlis ini berlangsung, kami telah memberi peluang kepada ahli2 yang hadir dalam memberi cadangan untuk aktiviti yang akan dibuat pada sem ini. Majlis ini berakhir dengan nyanyian lagu rasmi Jabatan Perpaduan kerana persatuan ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Jabatan Perpaduan Malaysia.

*mahasiswa yg hadir...TQ

*kusyuk nye korang..bagus2.... ;)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis A.G.M ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

13 FEBRUARI 2012 - FAMILY DAY SRN


Family Day ini merupakan aktiviti pertama yang diadakan untuk semua ahli SRN yang mendaftar. Objektif aktiviti ini untuk mengeratkan lagi hubungan ahli-ahli SRN UiTM Perlis. Pada setiap semester aktiviti yang berbentuk sukaneka, explorace dan lain-lain lagi. Ia merupakan aktiviti wajib untuk persatuan SRN. Selain beriadah, ia juga memberi peluang kepada semua ahli untuk mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama dalam kumpulan dan persatuan.


Alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar. Aktiviti ini telah diuruskan oleh AJK-AJK baru yang bakal menggantikan Majlis Tertinggi Persatuan SRN. Ia juga sebagai cabaran  kedua selepas Majlis A.G.M untuk AJK-AJK baru menunjukkan kerjasama, tanggungjawab, dan integriti dalam menjalankan tugas yang diberi. 


Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti yang kami adakan untuk semua ahli iaitu explorace, BBQ dan sukaneka. Hadiah juga disediakan untuk seriap Pemenang. Semua ahli yang hadir telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti ini.


 *warm up badan dulu ye...

 *ahli2 yg terlibat....peace yooo..

 *cari klu dlm air kopi ye...

 * "DAEBAK"...slogan group ni...

* 1M di dahi..hehehe 

 * tauke air..

 *cepat2 baling belon air dalam kain batik ni hah..

 *wlupun tmpt ke-3 tetap menang..

 *yes..kami menang..

 * tq...tlong kami angkat kerusi..

 *kak cpat le sikit..saya dahaga ni..

 * BBQ..yummy2

* MT & AJK2 ;)

SPECIAL THANKS TO ALL MEMBERS, AJK AND MT
;-)

-----------------------------------------------------------------------------------


11 MAC 2012 -OPKIM DI RUMAH HEMBUSAN KASIH


OPKIM merupakan aktiviti terakhir yang diuruskan oleh MT2.
tujuan OPKIM ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim diantara mahasiswa-mahasiswa dan juga adik2 serta pengurus rumah tersebut.
Kami telah membuat aktiviti seperti mengemas di dalam dan di luar kawasan rumah tersebut dan aktiviti sukaneka dan meluangkan masa bersama mereka membuat kerja sekolah dan sebagainya.
Aktivit ini bermula daripada pukul 9 pagi - 5 petang. 
Persatuan SRN juga telah memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada rumah hembusan kasih. Alhamdulillah, segala perjalanan aktiviti yang dirancang berjalan lancar.
Ribuan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti ini.
Insyallah, aktiviti akan diteruskan setiap tahun untuk mengeratkan hubungan sesama manusia.


*cenderahati kpd pengurus rumah hembusan kasih

*ketua program bersama pengerusi srn

*cenderahati utk puteri2 hembusan kasih..

*cenderahati utk putera2 hembusan kasih..

*sesi bergambar sblum ahli2 srn bergerak pulang..

*meluangkan masa bersama adik2..

*bersukaneka...

*warm up sebelum main...









Monday 31 October 2011

result ~.~

Assalamualaikum ;)
salam 1 Malaysia & Salam 1 SRNUiTMPERLIS...

huhuhuuhuhuhu..
lagi 3 hari result Final Exam tuk budak2 diploma kan..
uaaaaa takutnya..!! 

agak2 nya macam mana la result kita semua eh?
harap2 x macam nie la kan >.<

so... SRN UiTM Perlis doakan semua student success macam nie ^^

GOOD LUCK TO ALL STUDENTS


Monday 29 August 2011

^^SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54^^ "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA ^^
MERDEKA (3X) !! 

SEMPENA HARI KEMERDEKAAN 31 OGOS 2011 INI,
KAMI WARGA SRN UITM PERLIS MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG  KE-54. TAHUN INI BERTEMAKAN "TRANSFORMASI BERJAYA, RAKYAT SEJAHTERA".

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN INI MARILAH KITA BERAMAI2 BERDOA SEMOGA NEGARA KITA MALAYSIA AKAN KEKAL AMAN DAN RAKYAT MALAYSIA SENTIASA MENGEKALKAN PERPADUAN SESAMA KAUM.

JADIKAN SEJARAH DAHULU SEBAGAI PENGAJARAN DAN TAULADAN UNTUK KITA KEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA. JANGAN SIA-SIAKAN USAHA PEJUANG2 KEMERDEKAAN DENGAN MENGABAIKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA.

SEBAGAI GENERASI MUDA ZAMAN INI..MARILAH KITA SEMUA BERUSAHA BERSAMA2 DALAM MENGEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA KITA DAN MENJAUHI SEGALA ANASIR2 YG NEGATIF YANG DAPAT MEROSAKKAN DIRI KITA SENDIRI DAN NEGARA.

SALAM KEMERDEKAAN 



MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!!

Saturday 27 August 2011

✰˚ ˛★ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK&&SELAMAT HARI RAYA ✰* ★

^^     UCAPAN DARIPADA MANTAN SRN UiTM PERLIS ,,


Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti diucapkan kepada semua warge Sekretariat Rukun Negara UiTM Perlis.Ikhlas daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Perlis.



>.~      UCAPAN DARIPADA PRESIDEN SRN UiTM PERLIS ,,


Assalamualaikum..
saya mewakili seluruh ahli jawatankuasa dan majlis tertinggi Srn Uitm Perlis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin. Mohon maaf dipinta sekiranya kami semua ada salah dan silap sepanjang kami mentadbir persatuan ini..


(: KEPADA SRN UNIVERSITI-UNIVERSITI YANG LAIN JUGA TURUT  
    DIUCAPKAN 
       SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
  
               ' ~SELAMAT BERCUTI . HATI-HATI DI JALAN RAYA.~'


copyright~ fb srn uitm perlis

Saturday 23 July 2011

"JOM JELAJAH UITM PERLIS"

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA (:

PADA 10 JULAI 2011, AHAD YANG LALU. SEKRETARIAT RUKUN NEGARA UITM PERLIS MENGADAKAN EXPLORACE "JOM JELAJAH UITM PERLIS". AKTIVITI INI TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI DAN MAHASISWA UITM PERLIS.

ALHAMDULILLAH...AKTIVITI INI BERJALAN DENGAN LANCAR. AKTIVITI INI BERTUJUAN UNTUK MENGALAKKAN MAHASISWA AKTIF DALAM MENYERTAI AKTIVITI YG SRN JALANKAN. INI MERUPAKAN AKTIVITI KE-2 SELEPAS A.G.M SRN.
SEBANYAK 5 KUMPULAN YG HADIR UNTUK SERTAI AKTIVITI INI.
PELBAGAI ACARA DIADAKAN....SEPERTI LONG CHAIN, BOLA2 CINTA DAN SEBAGAINYA.

TAHNIAH KEPADA KUMPULAN YANG MENANG. 
TERIMA KASIH KEPADA MAHASISWA YG MENYERTAI AKTIVITI INI. INI ADALAH SOKONGAN ANDA SEMUA TERHADAP SRN UITM PERLIS.

AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH KEPADA MT DAN AJK2 YG BERTUGAS DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI INI. TANPA MT N AJK2, AKTIVITI INI TIDAK AKAN BERJAYA.
SYABAS!!!!!



 naib presiden memberi taklimat kpd MT dan AJK2

 awal datang..bagus2..semangat..hehehe

 peserta dh berkumpul....

 mari2 kumpul semua..nk bg taklimat sikit...

 panaskan badan penting sblum memulakan explorace
takut nanti ada yg injured..

 serba hitam..tema mereka..tp pesal bang..
ngantuk ke mata dok pejam tu..hehehe
 ala cepat le kak start..dah x sabar ni... :-)

 cantik x muka kami...

walaupun penat tp muka hepy..bagus2

ni lah MT2 yg bertugas...

awat MT comot sgt ni..iskiskisk...