Sunday 1 April 2012

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG SESI SEMESTER NOV2011-MARCH2012

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA
10 DISEMBER 2011 - A.G.M (ANNUAL GRAND MEETING)

Perjumpaan ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua mahasiswa UiTM Perlis untuk mengenali SRN dengan lebih dekat lagi. Menariknya pada malam tersebut, kami mengamanahkan ajk2 baru mengendalikan A.G.M ini...pada setiap semester, pertambahan ahli SRN semakin bertambah...TAHNIAH kepada semua MT dan AJK yang terlibat dalam menarik minat mahasiswa UiTM Perlis dalam mengikuti persatuan ini.

Sepanjang majlis ini berlangsung, kami telah memberi peluang kepada ahli2 yang hadir dalam memberi cadangan untuk aktiviti yang akan dibuat pada sem ini. Majlis ini berakhir dengan nyanyian lagu rasmi Jabatan Perpaduan kerana persatuan ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Jabatan Perpaduan Malaysia.

*mahasiswa yg hadir...TQ

*kusyuk nye korang..bagus2.... ;)

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis A.G.M ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

13 FEBRUARI 2012 - FAMILY DAY SRN


Family Day ini merupakan aktiviti pertama yang diadakan untuk semua ahli SRN yang mendaftar. Objektif aktiviti ini untuk mengeratkan lagi hubungan ahli-ahli SRN UiTM Perlis. Pada setiap semester aktiviti yang berbentuk sukaneka, explorace dan lain-lain lagi. Ia merupakan aktiviti wajib untuk persatuan SRN. Selain beriadah, ia juga memberi peluang kepada semua ahli untuk mengenali antara satu sama lain dan bekerjasama dalam kumpulan dan persatuan.


Alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan lancar. Aktiviti ini telah diuruskan oleh AJK-AJK baru yang bakal menggantikan Majlis Tertinggi Persatuan SRN. Ia juga sebagai cabaran  kedua selepas Majlis A.G.M untuk AJK-AJK baru menunjukkan kerjasama, tanggungjawab, dan integriti dalam menjalankan tugas yang diberi. 


Pada hari tersebut, pelbagai aktiviti yang kami adakan untuk semua ahli iaitu explorace, BBQ dan sukaneka. Hadiah juga disediakan untuk seriap Pemenang. Semua ahli yang hadir telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti ini.


 *warm up badan dulu ye...

 *ahli2 yg terlibat....peace yooo..

 *cari klu dlm air kopi ye...

 * "DAEBAK"...slogan group ni...

* 1M di dahi..hehehe 

 * tauke air..

 *cepat2 baling belon air dalam kain batik ni hah..

 *wlupun tmpt ke-3 tetap menang..

 *yes..kami menang..

 * tq...tlong kami angkat kerusi..

 *kak cpat le sikit..saya dahaga ni..

 * BBQ..yummy2

* MT & AJK2 ;)

SPECIAL THANKS TO ALL MEMBERS, AJK AND MT
;-)

-----------------------------------------------------------------------------------


11 MAC 2012 -OPKIM DI RUMAH HEMBUSAN KASIH


OPKIM merupakan aktiviti terakhir yang diuruskan oleh MT2.
tujuan OPKIM ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim diantara mahasiswa-mahasiswa dan juga adik2 serta pengurus rumah tersebut.
Kami telah membuat aktiviti seperti mengemas di dalam dan di luar kawasan rumah tersebut dan aktiviti sukaneka dan meluangkan masa bersama mereka membuat kerja sekolah dan sebagainya.
Aktivit ini bermula daripada pukul 9 pagi - 5 petang. 
Persatuan SRN juga telah memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada rumah hembusan kasih. Alhamdulillah, segala perjalanan aktiviti yang dirancang berjalan lancar.
Ribuan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti ini.
Insyallah, aktiviti akan diteruskan setiap tahun untuk mengeratkan hubungan sesama manusia.


*cenderahati kpd pengurus rumah hembusan kasih

*ketua program bersama pengerusi srn

*cenderahati utk puteri2 hembusan kasih..

*cenderahati utk putera2 hembusan kasih..

*sesi bergambar sblum ahli2 srn bergerak pulang..

*meluangkan masa bersama adik2..

*bersukaneka...

*warm up sebelum main...









No comments:

Post a Comment